Hudud : Anwar kena jujur - MT Umno


SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mengelak' daripada menyatakan pendirian sebenar Pakatan Rakyat berhubung isu hudud dilihat sebagai taktik yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun Pakatan mengamalkan dasar 'kami bersetuju untuk tidak bersetuju' sebagai jalan selamat, ia dilihat sebagai taktik politik yang tidak sesuai.

"Dasar mereka ini tidak dapat dilakukan. Walaupun amat senang untuk mengatakan "we agree to disagree". Pada saya itu adalah satu taktik yang tidak sesuai dan tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi AntaraPos, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud itu turut meberikan soalan 'cepu emas' - "siapa Perdana Menteri selepas Anwar?"

Menurutnya, faktor umur Anwar yang sudah mencapai usia warga emas dilihat bakal menimbulkan pertikaian kepada Pakatan berkenaan dengan jawatan nombor satu negara itu.

"Bukan isu hudud sahaja, tapi banyak isu lain. Yang saya ingin tanya kepada Anwar ialah, kalau dia tidak jadi Perdana Menteri, siapa (calon) PM akan datang?

"Dia sudah berumur, dia sudah 60-an. Jadi, dia tidak akan lama dalam kancah politik negara. Selepas dia siapa yang akan pegang tampuk kerajaan?," katanya.

Dalam kenyataan media Anwar semalam, beliau langsung tidak menyatakan pendirian parti berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.

Malah, Anwar menuduh media arus perdana yang bertanggungjawab dalam menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama.

Bagaimanapun, dalam sidang media PAS semalam, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud akan tetap dilaksanakan tetapi dengan melalui proses demokrasi walaupun ia ditentang hebat DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana