Hadi 'hilang taring', gagal kawal PAS...Apa Sudah JAdi Ni?


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan telah hilang 'taring' sebagai teraju parti Islam itu apabila kebanyakan pemimpin bawahan lain dilihat tidak mengendahkan serta memperlekehkan arahan beliau.

Pada masa yang sama, PAS di bawah pimpinan Abdul Hadi dilihat gagal untuk mengamalkan sistem demokratik kerana cuba menghalang para pemimpin PAS lain daripada bersuara atau memberi komen berhubung isu hukum hudud.Bukan sahaja arahan 'tutup mulut' isu hudud adalah tidak demokratik, malah ramai pemimpin bawahan lain ingkar arahan orang nombor satu parti tersebut."Pemimpin tertinggi PAS sudah hilang taring kerana tidak dihormati lagi, kalau dia berwibawa tentu orang hormat,"Kini sudah tidak ada disiplin di kalangan ahli PAS yang boleh patuhi seperti Umno yang boleh dibanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin PAS sebelum ini termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Pas 'melanggar' arahan Abdul Hadi untuk 'tutup mulut' isu hudud.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory menambah, parti Islam itu juga dilihat gagal dalam amalan demokratik kerana cuba menghalang pimpinannya yang lain daripada bersuara atau memberi komen berhubung isu hukum hudud.Menurutnya, jika perkara ini berterusan maka pengaruh PAS akan semakin pudar di kalangan penyokongnya."Kalau tindakan pemimpin PAS ini tidak dibendung atau dibiarkan oleh ahli dan penyokong, ini akan mengurangkan lagi pengaruh PAS," jelas beliau.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Shamsu Adabi Mamat berpendapat terdapat segelintir pengikut lama PAS mempunyai pemikiran 'moderate' atau sederhana beranggapan seolah-olah hudud menjadi asas perjuangan parti itu.Malah, menurutnya ia dilihat menjadi punca utama kumpulan tersebut mengingkari kenyataan Abdul Hadi mengarahkan pemimpin menutup mulut berhubung isu hudud."Kumpulan-kumpulan ini memberikan pandangan mereka dalam hal-hal hudud ini, hudud ini ia seolah-olah menjadi asas perjuangan pas. Jadi oleh itu kebanyakan kumpulan-kumpulan yang sudah lama dengan pas ini mempunyai pemikiran dan perjuangan islamik hudud yang tebal.

"Sudah pasti mereka tidak berkenan dengan situasi dominasi DAP terhadap PAS negara berkebajikan jadi mereka ini lah sebenarnya yang mengemukakan pandangan yang bercanggah dengan kepimpinan PAS," katanya.Mengulas lanjut, penganalisis politik turut menjelaskan sebenarnya dalam PAS sendiri terbahagi kepada beberapa kumpulan menyokong, 'silent moderate' dan 'orang lama' dalam parti itu.
"Sebenarnya di dalam PAS itu sendiri dia mempunyai kumpulan -kumpulan silent, contohnya apa yang kita sebut sebagai 'silent moderate'."Kadang-kadang (mereka) mengambil sikap mendiamkan diri kerana nak consistent dengan kepimpinan PAS pusat tetapi dalam mengendalikan ahli parti yang ramai jumlahnya ratusan ribu," ujarnya.Tambahnya, perkara seperti ketidak seragaman pemikiran ini sudah pasti akan berlaku dalam PAS."Ditambah pula pada ketika ini kita mempunyai pelbagai media jadi perkara ini tdak boleh menutup pemikiran di dalam PAS sendiri.

"Sebenarnya ada yang serasi dengan pimpinan induk, ada silent moderate dan ada yang masih memegang perjuangan PAS yang lama jadi perkara ini yang menyebabkan situasi yang menampakan ketidak kesefahaman dalam PAS," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana