Ha Ha Ha ...Padan Muka Blogger PKR kena penjara tiga bulan berkuatkuasa serta merta

Blogger Amizudin Ahmat dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya sharpshooterblogger.blogspot.com. "Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya. Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima. "Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,"

katanya. Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham". Sebelum ini pada 21 Nov tahun lepas, Rais, 70, telah diberikan kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan oleh Rais. Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi samannya dan blogger telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM300, 000 sebagai ganti rugi dan RM100, 000 dalam kos kepada menteri. Dalam rayuannya hari ini, peguam Amizudin, Ahmad Nizam Hamid, meminta mahkamah untuk tidak mengenakan hukuman penjara ke atas anak guamnya dengan mengambil kira permohonan maaf anak guamnya. Bagaimanapun, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Rais berkata, Amizudin telah melanggar perintah mahkamah tidak sekali, tetapi dengan posting 11 lagi artikel. "Kalau dahulu, kita boleh menganggap ia sebagai sesuatu kesilapan, tetapi 11 kali, dan dalam artikel fitnah, contemnor yang menulis dengan jelas bahawa dia sedar perintah mahkamah yang melarangnya daripada berbuat demikian. "Mungkin ini adalah prosiding penghinaan yang paling teruk, menggunakan perkataan yang boleh saya sifatkan sebagai 'jijik' (menjijikkan)," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana