Gapena sokong dasar kerajaan bukan parti politik...

KUALA LUMPUR: Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar menyangkal anggapan segelintir pihak menyatakan persatuan itu cenderung berpolitik dan memihak kepada kerajaan pusat. Sambil menyifatkan pemikiran itu sebagai satu kesilapan, beliau menegaskan anggapan itu perlu diperbetulkan supaya seluruh rakyat mengetahui bahawa Gapena bersama-sama dengan kerajaan memerintah. "Sebenarnya Gapena menyokong politik susah lah, kita kena faham konsep sebuah negara demokrasi maknanya dipilih oleh rakyat oleh parti politik. Bila parti politik itu berjaya maknanya ia membina kerajaan jadi macam contoh di Malaysia parti politik Umno bergabung parti (komponen lain) ini yang berjaya dan membina kerajaan. "Saya menyokong bukan parti Umno (atau) Barisan Nasional (BN), saya menyokong kerajaan dan kerajaan pula ada dasar-dasar dia, kalau dasar kerajaan dia letak logo Malaysia (sokong) kalau logo parti kita bantah. Biasanya bila parti politik dah memerintah sudah tentulah idea parti politik itu sama dengan idea kerajaan memerintah," katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama AntaraPos di sini. Mengulas lanjut, Abdul Latiff turut menjelaskan sebab utama Gapena menyokong kerajaan merujuk kepada dasar serta proses demokrasi telah lama diamalkan di negara ini. "Jadi saya menyokong ini menyokong kerajaan, kerajaan itu proses demokrasi Yang Dipertuan Agong Ketua Negara, parti yang memerintah kerajaan membuat kabinet ini dasar-dasar kita sokong. "Dan kalau kita kata kita penyokong Umno itu hak individulah, Gapena akan menyokong kerajaan lepas itu bila kerajaan buat ada melibatkan orang-orang partinya itu terserah pada mereka, kita bukan maknanya kita menyokong parti," tegasnya. Tambahnya, sekiranya ada kerajaan lain atau parti lain yang memerintah pada masa hadapan Gapena tetap menyokong sepenuhnya. "Yang penting kita hendak membina negara bangsa Malaysia yang bersatu kukuh. 1Malaysia 1Bangsa 1Negara ini jelas. "Jadi bila ada orang kata kita (berpolitik) tidak ada masa lah, kami naik kerana penulis, kami berjuang untuk penulis, kami tidak ada masa untuk berpolitik," tegasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana