Gambar Rakyat Kelantan Sudah Mahu Berubah Kepada UMNO...Inilah Tekadnya Kehadiran Orang Ramai


KETEREH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masalah air yang kritikal di Kelantan dapat diselesaikan jika negeri itu berjaya ditawan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurutnya, masalah air yang membebankan rakyat ini masih tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang yang telah lama memerintah negeri ini."Tidak usah cakap soal lebuhraya, soal pelabuhan, masalah asas pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), " katanya ketika berucap pada Solat Terawih Perdana dan Amanat Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini malam tadi.
Najib berkata, beliau telah menerima memorandum sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa daripada rakyat Pasir Mas yang meminta beliau menyelesaikan masalah air ini.
"Sudah empat hari Pasir Mas tiada air. Susah. Kalau kita buat perubahan, serahkan kepada negara (Persekutuan), takkan ada masalah air lagi," katanya kepada lebih 10,000 penduduk yang membanjiri majlis tersebut.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek serta penyelaras Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.Selain daripada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan membayangkan perubahan besar boleh diberikan rakyat Kelantan, seiring dengan tranformasi yang dilaksanakan BN."Kita nak dari Perlis smpai ke Sabah, termasuk bumi Kelantan ada transformasi besar."Kerana di sini ramai orang Islam, ramai orang Melayu, di sini platform yang perlu kita lakukan transformasi seperti di tempat lain," ujar beliau lagi.Tambahnya lagi, kerajaan komited untuk membantu rakyat bagi mencapai kedudukan negara Islam yang berjaya dengan berpaksikan syariat Islam dan sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana