Fullaweyyy.....PAS Anggap Tamrin Penyuntik Semangat...PAS Mimpi Di Siang Hari lah Ni

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa langkah Datuk Mohd. Tamrin Ghafar Baba menyertai PAS memberi suntikan semangat baharu kepada parti tersebut.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor mendakwa, tindakan Tamrin menyertai PAS juga membuktikan beliau seorang yang berprinsip dan berani menghadapi sebarang cabaran.
“Penyertaan Tamrin ke dalam PAS memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli PAS. Beliau sanggup mengenepikan segala keseronokan yang dinikmati untuk menyertai perjuangan PAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Riduan seterusnya mendakwa, Tamrin juga membuktikan semakin ramai pihak kini sedar tentang dasar perjuangan parti PAS.Sebuah portal berita pada 12 Ogos lalu melaporkan Tamrin secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS.
Tamrin dilaporkan berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, beliau kini bersedia “mewakafkan masa dan batang tubuhnya” untuk perjuangan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul