Filem Tanda Putera Rusdi Ramli mengakui tidak terlepas daripada dihentam segelintir pihak.

Biarpun ketika ini filem Tanda Putera sedang hangat diperkatakan sekaligus telah dikritik oleh beberapa pihak kononnya adegan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, bagi bintang utamanya, Rusdi Ramli, pelakon itu berkata dia tidak ambil pusing dengan dakwaan tersebut.
Bagaimanapun Rusdi yang diberi kepercayaan menghidupkan watak Tun Abdul Razak, mengakui tidak terlepas daripada dihentam segelintir pihak. Namun anak kepada dramatis veteran terkenal, Norlia Ghani ni menerimanya dengan tenang.

"Setakat ni saya okay saja. Saya tak pula terlalu nak ambil tahu apa yang ditulis di laman internet, Facebook ataupun Twitter. Rasanya kalau saya baca atau ambil tahu, lagi buat kita rasa 'terbakar' kot", katanya dengan nada sinis dan kemudian tergelak.
Rusdi ditemui di sidang media pengumuman tarikh tayangan umum Tanda Putera, bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam. Turut sama hadir, pengarahnya filem ini Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah eksekutif Pesona Picture Sdn Bhd, Aida Fitri Buyong dan pelakon Kavita Sidhu.

Dalam masa yang sama Rusdi bersyukur filem tersebut akhirnya bakal ditayangkan pada umum mulai 15 November nanti. Sebelum ini filem yang sepatutnya dijadual akan berada di pawagam pada 13 September terpaksa ditangguhkan.

Ketika diminta mengulas mengenai ada pihak yang melabelkan dia serta pelakon lain dalam filem ini sebagai pelakon 'berhaluan kiri',

"Kami hanya pelakon yang bekerja di bawah arahan Shuhaimi Baba untuk menjayakan filem ni. Kenapa kami nak dihentam dan dilabel sebegitu. Selama ni pihak terbabit tak pernah pun nak ambil tahu tentang perkembangan kami dan industri filem.

"Saya kasihan pada pelakon lain yang tak pasal-pasal menerima serangan peribadi. Hinggakan ada yang takut nak ke luar rumah", katanya.

Tanda Putera mengisahkan dua tokoh pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga.

Ditanya sama ada serik atau takut mahu terlibat lagi dalam filem bergenre patriotik, Rusdi berkata, dia tidak menolak seandainya ada lagi tawaran yang menuntut interpretasinya dalam karya sebegini.

"Cerita ini sangat hebat. Masa saya dapat tawaran berlakon filem ni, saya teruja sebab tak sangka jalan ceritanya sampai ke tahap ini. Saya tak rasa serik berlakon dalam filem patriotik sebegini. Malah saya berasa seronok. Cuma kadang-kadang tu rasa macam lawak pun ada bila timbul isu sebegini," ujar Rusdi sebelum mengakhiri perbualan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana