Dato Siti Mengulas Insiden Di Kelantan...Demokrasi lah Kononnya

Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal hiburan Murai.com berkesempatan mewawancara Dato' Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut.

Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab."Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.
"Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan di negeri itu, maka ianya telah menjadi isu.Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini."Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang," jawabnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana