Dakwaan PAS 'lupa diri' hanya fitnah, kata Hasan


SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan dakwaan beberapa pemimpin parti itu yang mendakwanya 'tidak kenang budi' selepas disingkirkan tahun lalu.

Hasan berkata, beliau tidak faham bagaimana dakwaan tersebut boleh ditujukan kepadanya sedangkan beliau bermati-matian mempertahankan perjuangan Pas ketika menjadi ahli parti itu.

"Saya tidak tahu yang mana kenang budi. Saya masuk PAS, berapa banyak 'kerugian' dari segi harta kewangan, masa, dan sebagainya. Sebagaimana yang semua orang tahu, saya adalah pakar motivasi.

"Saya mempertahankan perjuangan PAS. Saya tidak pernah dalam mana-mana masa dan ketika, apa yang saya perjuangkan tidak selari dengan perjuangan PAS," katanya ketika diwawancara secara eksklusif.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini melabel Hasan sebagai 'lupa diri', 'tidak balas jasa' dan 'tidak kenang budi'.

Dakwaan tersebut dilemparkan selepas pemecatan Hasan dari parti itu kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Dalam pada itu, Hasan berkata, isu 'tidak kenang budi' seharusnya tidak timbul kerana beliau dipecat oleh parti dan bukannya menarik diri.

Menjelaskan mengenai perkara itu, katanya, sebelum menjadi ahli PAS beliau adalah pakar motivasi berjaya dan mempunyai ramai pengikut.

"Saya bukan menarik diri, tapi saya disingkirkan dari PAS. Bagaimana hendak mengatakan saya tidak balas budi? Saya disingkirkan.

"Bayangkan, saya adalah pakar motivasi pelopor program motivasi di Malaysia. Saya diminati dan nampaknya minta orang tidak luntur kepada saya. Itu bukan saya nak agungkan diri saya, tapi itulah realitinya," katanya.

Dalam wawancara khas yang berlangsung di Hotel Vistana baru-baru ini, beliau sempat menceritakan perkembangan terkininya sebagai pendakwah, pakar motivasi dan juga ahli poltik.

Beliau berkata, keutamaannya kini kepada ketiga-tiga pekerjaan terbabit namun mengakui tugas menjadi ahli politik semakin mudah kerana tidak lagi terikat dengan mana-mana parti.

"Keutamaan saya kepada ketiga-tiga sekali. Dalam pendakwah, ada motivasi. Dalam hal politik, saya masih bergiat lagi walaupun tidak lagi dalam PAS.

"Saya rasa, menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bebas lebih mudah sebab saya boleh menyentuh apa-apa isu pun tanpa kaki dan tangan saya terikat kepada satu-satu pertubuhan atau ideologi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana