Dah sah kerajaan pusat dan pakatan berpecah sambut Hari Merdeka

Nampaknya sudah rasmi empat negeri pakatan pembangkang - Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan akan bawa diri guna logo dan tema Hari Merdeka berbeza dengan kerajaan pusat. Sekalipun ideoloji politik antara parti pembangkang dengan pemerintah berbeza sejak dulu,namun hal seperti ini tidak pernah berlaku. Hari Merdewka 31 Ogos tetap disambut dalam semangat kebersamaan. Sejak keputusan pilihanraya umum Mac 2008 nampak gaya pembangkang sudah naik tocang.Serba serbi semua tak kena di kacamata politiknya. Mereka merasa begitu 'tersentuh' tema Hari Kemerdekaan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang diumum kerajaan pusat. PR telah mendesak Kerajaan Pusat supaya menukarnya kerana mendakwa ia sama dengan slogan pilihanraya Barisan Nasional. Selasa Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya memberitahu pakatan akan mengumumkan logo dan tema Hari Merdekanya sendiri Khamis ini. Katanya logo sama mereka sendiri akan digunakan di semua empat negeri pakatan manakala dua negeri akan guna tema sama dan dua lagi berbeza. Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diumumkan oleh Datuk A Samad Said. Kelantan akan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah pula "Terus Berbakti".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana