Chong Wei cukup bersedia.....Tunggu lah Nasib LIN DAN Malam Ini....

LONDON - Hari ini adalah detik yang terbaik buat pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk membalas dendam kekalahan kepada musuh ketat Lin Dan di Temasya Beijing 2008 selepas kedua-duanya mengulangi pertemuan di pentas akhir acara badminton Sukan Olimpik London 2012 di Arena Wembley.

Menyedari dia tidak keseorangan hari ini, Chong Wei yang semakin hari semakin tinggi keyakinannya tentunya mengharapkan doa daripada 28 juta rakyat Malaysia untuk membantunya mencatat rekod menang pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara di Sukan Olimpik.
Menurut Chong Wei, pertemuan penting hari ini bukan bersandarkan balas dendam atau pun mimpi ngeri yang selama ini menghantuinya sejak tewas kepada juara Dunia dan Olimpik itu.
Sebaliknya Lin Dan katanya, bertuah atas beberapa faktor antaranya bermain di gelanggang sendiri dan di depan penyokong sendiri yang memberinya kelebihan untuk bermain lebih baik pada hari perlawanan akhir 2008.

“Saya akan cuba bermain yang terbaik dan mencatat sejarah di Wembley. Saya berterima kasih kepada ribuan peminat yang menghantar mesej sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya," katanya mengulas perlawanan akhir badminton menentang Lin Dan, hari ini.

Comments

tawon said…
Diiringi doa seluruh rakyat Msia..kamu akan berjaya membawa pulang pingat Emas Olimpik yg pertama negara..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana