CAP kecam promosi arak sempena Aidilfitri Di Penang...

 GEORGETOWN 31 Julai - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".

"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. - BERNAMA

Comments

Anonymous said…
sepatutnya negeri berkenaan yang diktiraf sebagai berpemimpinkan 'al-khalifah' bertambah hampir pada 'kebenaran' tetapi sebaliknya berlaku: semakin hampir pula pada 'kesesatan'

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana