Betul Betul Panas Nasharudin tidak ganjak pendirian terhadap DAP...pertemuan dengan PM tak bincang hal UMNO atau PAS

Ini baru orang kata kena sebijik.Ini juga masalahnya kalau orang yang mendakwa diri mereka hebat memperjuangkan Islam tetapi tidak menunjukan sifat dan ciri Islam sejati. Pekong PAS ini jelas dapat dilihat dari kontroversi terbaru melibatkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang berpendirian sederhana dengan segolongan pimpinan PAS yang taksub dengan hubungan mereka dengan DAP kerana impian mengejar Putrajaya.

Sekalipun dibelasah depan belakang oleh rakan-rakan dalam parti sendiri kerana mempertikaikan sikap parti itu terhadap DAP dalam isu hudud,Ahli Parlimen Bachok itu tetap mempertahankan pendiriannya. Mereka yang berfikiran rasional tentu merasa malu melihat gelagat sesetengah pemimpin PAS yang melompat tidak tentu pasal. Nasharudin yang kembali ke tanahair dari Makkah tengahhari Khamis juga meminta partinya tidak curiga terhadap pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam,"katanya dalam satu kenyataan kepada media mengulas pertemuan itu yang dikaitkan seolah beliau hendak masuk UMNO. Katanya pada wartawan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sejurus tiba bahawa beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Kontroversi timbul bila Nasharuddin mencadangkan agar PAS keluar dari pakatan pembangkang jika DAP terus mempertikaikan hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh parti itu. Keadaan menjadi bertambah panas bila kebetulan media menyiarkan gambar beliau bersama Najib sedang berbincang dengan dua ulama Arab di Makkah. Ini bila Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilapor berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin keluar dari PAS setelah melihatnya dalam gambar bersama Najib. Dalam pada itu beberapa pemimpin tertinggi PAS mahu Nasharudin memberi penjelasan kepada Majlis Syura PAS mengenai kenyataannyan terhadap DAP.Nasharuddin menegaskan beliau kekal dengan pandangan bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

INILAH PAS CARA DAN MENYALAHKAN PIHAK YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN PAS TERUS SAJA HENTAM DAN TIADA PELUANG LANGSUNG UNTUK MEMBERI PERJELASAN....ITU PUN DAH BAGI PERJELASAN TAPI SIAP DIHERDIKNYA PULA....KOTOR NYA MAINAN PAS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana