Berpolitik di masjid: NGO Melayu mahu Jais bertindak...Berbuih Mulut Sultan Bagi Ingatan Kepada Kepentingan Politik Dlm Masjid

SHAH ALAM: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu hari ini menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membantah tindakan sesetengah pihak yang menganjurkan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor sepanjang bulan Ramadan.
Antara mereka yang dinamakan melanggar arahan supaya masjid dan surau tidak digunakan untuk berpolitik adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad; Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan ADUN Selat Klang Halimah Ali.NGO yang terlibat pula adalah Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Jalur Tiga (JATI), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMP).

Mereka mula berkumpul di perkarangan Jais jam 11 pagi tadi dengan sebahagian dari mereka membawa sepanduk bertulis 'Selamatkan Masjid Dari Politik', 'Selamatkan Masjid Kami', 'Exco Agama Failed', 'Bebaskan JAIS Dari Pengaruh Politik' dan 'Tuanku Payung Rakyat'.Sejurus kemudian kumpulan NGO terbabit bergerak ke lobi bangunan Jais untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada pemangku timbalan pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin yang ditemui pemberita kemudiannya memberitahu pihaknya kecewa dengan sikap sesetengah Nazir masjid di negeri ini yang mengambil sikap sambil lewa terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang masjid dan surau dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.Justeru itu katanya, kesemua NGO yang telibat menghantar memorandum hari ini menggesa JAIS agar lebih serius memantau kegiatan tersebut daripada berleluasa."Sehubungan dengan perkara itu, kami ada menerima beberapa aduan yang berlaku dalam bulan puasa ini.

"Antaranya terdapat beberapa orang pemimpin politik yang sentiasa berkeliaran memberikan ucapan, ceramah atau tazkirah di masjid dan surau walaupun mereka tidak mempunyai tauliah untuk berbuat demikian," katanya."Oleh yang demikian kami ingin menggesa JAIS mengambil langkah yang lebih proaktif bagi memastikan masjid dan surau tidak dijadikan 'lauk politik' oleh mereka yang cuba mencemarkan masjid dan surau dengan agenda politik mereka."JAIS wajar memantau masjid dan surau dengan lebih rapat serta menyiasat setiap aduan dan rungutan ahli kariah dan mengambil tindakan tegas menurut undang-undang," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana