Banyak perkara rosak jika pembangkang perintah - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad Rabu mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.
Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.
Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan."Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.
"Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya," kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana