Baik punya pusing... Mansor baca kenyataan media sebelah 'tokong' Guan Eng...

Mansor atas kapasiti bos PKR negeri didakwa telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Guan Eng dengan macam-macam perkataan termasuk sombong, angkuh dan tokong.
Semalam Mansor mengaku kecewa dengan 'minit mesyuarat PKR negeri' disiarkan bulat-bulat di sebuah blog, atau dalam kata lain mengesahkan kejadian tersebut.
Hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 itu, di sebelah, Lim Guan Eng memberikan penjelasan dengan membacakan kenyataan media dan menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perjumpaan tersebut yang dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Guan Eng.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana