Arah pelajar berdemo tabiat PKR...Suka Sangat Ajar Buat Huru Hara......


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak hari ini mempersoalkan tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menggesa mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) supaya berdemo bersabit isu yuran asrama yang dikaitkan dengannya.

Sulaiman berkata Rafizi tidak berhak berbuat demikian kerana pihaknya telah membuat penjelasan terperinci berhubung dakwaan syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RSSB) mengenakan kadar sewa asrama yang mahal kepada mahasiswa.

"Saya sudah beritahu dalam dewan (DUN Selangor), buat kenyataan dalam dewan. Kalau selepas saya dah bentang dalam dewan masih lagi ada individu yang ingin mempertikaikan saya tanpa melihat 'handsard' dewan dahulu, saya akan buat tindakan mahkamah terhadap individu itu.

"Jika Rafizi masih nak buat kenyataan-kenyataan itu dan ini mungkin saya akan ambil tindakan keatas dia,"Semalam, PKR menyeru mahasiswa KUIS tampil memberi tekanan politik, antaranya melalui penganjuran demonstrasi, supaya perjanjian konsesi yang menyebabkan kenaikan yuran dibatalkan.

Rafizi berkata, tindakan itu bersesuaian kerana Sulaiman seorang ahli politik yang "faham bahasa politik".Mengulas perkara itu, Sulaiman memberi amaran akan mengambil tindakan jika ia melibatkan nama baik syarikatnya."Untuk menggalakkan budak untuk berdemonstrasi itu terpulang pada dia, itu mungkin budaya dia. Tetapi jika melibatkan nama baik syarikat dan juga saya sendiri saya akan ambil tindakan.

"Suruh orang berdemo itu memang tabiat dia, inilah PKR...sikit-sikit demo. Tetapi bila orang demo depan pejabat menteri besar kenapa dia tak nak respon? Atas beberapa isu sewaktu dewan berlangsung mahasiswa Unisel datang buat demonstrasi, Gaps datang buat demo tidak ada siapa datang ambil memorendum itu tapi suruh orang berdemo.

"Tabiat PKR memang suka buat demonstrasi tapi dia tak faham isu sebenar," tambahnya.
Pada 3 Mei lalu, Rafizi mendakwa konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah untuk menguntungkan pimpinan Umno menjadi punca pengurusan KUIS tidak dapat menurunkan yuran pengajian institusi itu.Menurutnya, pada 2007, RSSB kepunyaan Sulaiman dianugerahkan kontrak pembinaan itu bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana