Apalah Banggang Sangat Pembangkang Ni....Saham Turun Naik Biasalah..

Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad.Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya."Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain."Ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga saham FGV kebelakangan ini yang menyaksikan harga sahamnya berada pada paras RM5.00," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan FGV bersama anak yatim di sini, Sabtu
Beliau pberkata asaran serantau dijangka kembali melonjak minggu hadapan, dan perkembangan positif ini dijangka mempengaruhi harga saham FGV minggu depan. "Saya percaya, dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa.
Beliau bagaimanapun berkata harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau, dan harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan.
Isa turut mengulas mengenai laporan negatif mengenai saham FGV oleh sesetengah penulis blog di Malaysia yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.
Sehingga pukul 5 petang Jumaat, harga saham FGV berada pada paras RM5.05.
FGV yang baru disenaraikan pada 28 Jun lepas, diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum merosot pada harga ketika ini.
Mengenai program berbuka puasa, Isa berkata seramai 50 orang anak yatim yang terpilih dari kawasan Sentul, dihimpunkan untuk berbuka bersama dengan kakitangan kumpulan FGV.
Sebanyak RM8,000 diperuntukan untuk anak-anak yatim, dengan RM5,000 daripadanya merupakan sumbangan berbentuk wang ringgit, katanya. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana