Ambil Kau Bukti.....BN Selangor Dedahkan Bukti Pengurangan Air Terawat Oleh KPS
SHAH ALAM 15 Ogos - Koordinator Barisan
Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin hari ini memberi kenyataan bahawa
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS)
mengeluarkan surat kepada Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) agar menurunkan
pengeluaran air kepada 120 juta gelen sehari.
Menurut Mohd. Zin, pihak KPS mengeluarkan
kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan
pengeluaran air terawat malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari
pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.
"Memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada
ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011 bukannya bermula sejak Januari
2011.Memo ini juga turut disertakan bersama dengan
surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang
sama," katanya ketika sidang media di Bangunan Perhubungan UMNO Selangor hari
ini.
Tambah beliau, arahan ini dikatakan dicapai
setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS dan apa yang
mendukacitakan beliau ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup
mengeluarkan arahan ini."Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan,
namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat,"
katanya.
Beliau turut menyifatkan kerajaan negeri juga
bersikap retorik apabila sering mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah
untuk kepentingan rakyat namun arahan pengurangan kapasiti air terawat jels
membuktikan mereka sebenarnya mengutamakan kepentingan peribadi.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Comments