Akhbar tabloid Suara Keadilan Memang Sial dan BurukNya Perangai

 Minggu lalu, sebelum menjelang Aidilfitri, akhbar tabloid Suara Keadilan edisi 14 Ogos menyiarkan gambar anggota polis sedang bertugas menggunakan alat pengesan had laju.

Walaupun anggota tersebut hanya menjalankan tugas biasa bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut arahan had laju, namun tindakan akhbar itu memanipulasikan isu dengan kenyataan “Awas Perangkap UMNO BN sempena Aidilfitri” adalah amat dikesali.Suara Keadilan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas sengaja cuba memainkan isu yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan politik.

Hakikatnya, peranan polis amat diperlukan bagi memastikan keselamatan rakyat terpelihara.Kenyataan tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab sebegitu akan hanya menjejaskan moral anggota polis dalam menjalankan tugas. Ini kerana semangat kebencian berasaskan politik partisan telah melangkaui batas-batas tertentu.

Langkah pihak berkuasa mengguna pakai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak perlu dipolitikkan, kerana ia sebenarnya timbul daripada rungutan orang ramai yang mahukan penguatkuasaan lebih efisien dan tegas dalam usaha menangani masalah penggunaan jalan raya.

Kaedah yang digunakan ialah dengan cara mengaitkan politik, khususnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berasaskan dakwaan kononnya ia tidak lain daripada inisiatif untuk menjana keuntungan daripada saman trafik.

Sama ada ia satu tindakan populis atau strategi menggugat, terpulang kepada penilaian waras seseorang, tetapi rata-rata ramai yang melihatnya sebagai usaha picisan pembangkang untuk mencari sokongan dan simpati murahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana