Aduhaiiii.....Cantiknya Tapi Siti Saleha Buang 1000 Kawan di FB

Pelakon Siti Saleha memberitahu sebagai mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu ada pihak yang menyalahgunakan gambar peribadinya, bintang utama drama bersiri Nora Elena ni telah membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya.
Tindakannya itu berikutan gambarnya bersama bekas teman lelakinya yang juga penjaga gol Sabah, Syed Adney telah tersebar lantas menimbulkan gosip mereka kononnya kembali bercinta.

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” kata Siti Saleha.

Dalam masa yang sama, adik kepada Sam Bunkface itu sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana