4 anggota DBKL cedera dibelasah penjual mercun....Aikkk Sudah Terbalik Sekarang Ni.

Kuala Lumpur: Empat anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah peniaga mercun haram yang tidak puas hati dengan arahan menutup gerai mereka, di Jalan Masjid India, tengah malam semalam. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku ketika empat penguat kuasa yang meronda kawasan orang ramai membeli-belah sempena Aidilfitri.Inspektor Penguatkuasa DBKL, Hanafi Abd Manaf, berkata beliau bersama tiga anggotanya mengarahkan beberapa lelaki menjual mercun tanpa lesen yang membuka gerai di zon sita berhampiran Maybank supaya menutup perniagaan.
“Saya diserang empat lelaki yang menumbuk dan menendang bertalu-talu. Walaupun sudah terjatuh dan berdarah di muka, mereka tetap membelasah saya. Tiga rakan yang cuba membantu turut dibelasah,” - Hanafi Abd Manaf, Inspektor Penguatkuasa DBKL.
Selepas tiga kali arahan dikeluarkan, seorang lelaki dipercayai pemilik gerai tiba-tiba menendang meja lipat yang mempamerkan pelbagai jenis mercun diikuti sekumpulan yang lain menyerangnya.

“Saya diserang empat lelaki yang menumbuk dan menendang bertalu-talu. Walaupun sudah terjatuh dan berdarah di muka, mereka tetap membelasah saya. Tiga rakan yang cuba membantu turut dibelasah,” katanya kepada BH semalam.

Hanafi menerima 30 jahitan di atas kedua-dua kening, patah gigi serta lebam dan bengkak di muka.
“Sejak bertugas meronda sekitar bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman empat tahun lalu, ini kali pertama saya dan rakan diserang kumpulan peniaga samseng,” katanya. Seorang lagi mangsa, Anuar Jusoh, 46, yang cuba membantu Hanafi, mengalami bengkak di muka, lebam mata kiri dan menerima lima jahitan di atas kening akibat diserang dua lelaki.

Turut dibelasah

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya bersama dua lagi rakan cuba membantu Hanafi daripada dibelasah lebih teruk. Namun, kami turut menjadi mangsa,” katanya.

Dua lagi rakan mereka, Mohd Khairul Amir Manshor, 30-an, patah hidung akibat ditumbuk, manakala Azmi Yusof, 40-an, cedera di lutut dan belakang badan selepas ditendang dan dipijak kumpulan lelaki berkenaan.

Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana