3,000 pelajar Unisel tiada asrama....Apa Sudah Jadinya Tiada Duit Untuk Penyelenggaraan Ker


SHAH ALAM: Nasib kira-kira 3,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel) bakal berhadapan masalah apabila pengurusan kolej kediaman institusi itu enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing bermula esok.Masalah itu berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsensi sejak 15 bulan bagi pembayaran kampus induk dan tujuh bulan pengurusan asrama.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pihak pengurusan Unisel setelah berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian pakej kosensi Bina, Kendali, Pindah (BOT) kerana ia tidak memihak kepada universiti itu."Kajian semula ingin dilaksanakan Unisel terhadap konsesi BOT itu difahamkan antaranya termasuk pengurangan kadar yuran asrama."Namun, dikatakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas alasan mereka turut menanggung kos yang tinggi yang mengendalikan tempat itu termasuklah dari segi penyelenggaraan," kata sumber tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd. Jefri Abu Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai masalah tersebut pada pagi ini.Katanya, pihaknya mendapat maklumat ada para pelajar yang baru berdaftar mengadu tidak dapat masuk ke kolej kediaman kerana pejabat pengurusan kolej ditutup."Setakat ini kita belum menerima penjelasan rasmi daripada pentadbiran Unisel."Namun, buat masa ini kita sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti untuk mencari penempatan alternatif para pelajar terlibat di kawasan sekitar kampus," ujarnya yang menyatakan masalah tersebut hanya berlaku di Unisel Kampus Bestari Jaya sahaja.

Dalam pada itu, sumber berkenaan menambah tindakan pihak pengurusan kolej-kolej kediaman enggan membenarkan para pelajar masuk ke tempat tinggal masing-masing turut akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar yang mula berdaftar untuk sesi baru Unisel nanti.Difahamkan para pelajar konsesi kolej kediaman tersebut sudah tidak datang bekerja kerana syarikat masih belum membayar gaji berpunca daripada kegagalan pihak Unisel membuat pembayaran.Ekoran masalah itu, para pekerja berkenaan kini berhadapan masalah kewangan dan lebih menyedihkan apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara tersebut.

PERGHHH KERAJAAN SELANGOR HABISKAN DUIT UNTUK MEMBIAYAI KES MAKAMAH RAFIZI SEHINGGA KELUARKAN DUIT RAKYAT UNTUK KEGUNAAN LAIN BOLEH PLAK DIPAKAI.....KENAPA UNISEL TIDAK BOLEH DIBANTU DARI SEGI KEWANGAN.....BUAT LAH HAK KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR DULU....INI TIDAK UNTUK MENJAGA KRONI KRONINYA SAJA....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana