Video....Adakah DAP kafir harbi?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Kita tidak boleh menghukum secara umum. Kewujudan DAP adalah diiktiraf dalam politik semasa iaitu kewujudan mereka terhasil daripada demokrasi dan tidak ada satu kata pengharaman atas kewujudan parti mereka.Cuma apabila kita pergi kepada pendetilan, sikap-sikap atau halatuju beberapa tokoh-tokoh yang popular di dalam DAP secara terang telah menyerang sensitiviti umat Islam tanpa rasa malu atas nama hak asasi manusia.

Apa yang menghairankan adalah saudara-saudara kita yang beragama Islam dan berpenampilan seorang muslim hanya berdiam diri. Mungkin paling jauh mereka akan mengatakan kami tidak bersetuju dan itu pandangan mereka, setakat itu sahaja. Tetapi kalau ada di kalangan pemimpin kerajaan yang menyebut beberapa perkataan yang tidak sehaluan, mereka mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam dan sebagainya.

Ini satu ketidak adilan yang berlaku. Mungkin ada kita mendengar teman-teman kita mengatakan DAP adalah kafir harbi. Tidak, sebab komunikasi dan interaksi dengan kafir harbi berbeza dalam Islam. Antaranya, hendaklah menyempitkan laluan dan jalan mereka, jangan berkomunikasi dengan mereka, susahkan kehidupan mereka, jangan bermuamalah dengan mereka, mereka boleh diperangi, dibunuh, dan sebagainya. Itu hukum ke atas kafir harbi.

Jadi kita jangan mengwar-warkan perkara ini dengan melabel mereka. Cuma ciri-ciri mereka, seperti juga yang Nabi sebutkan di dalam hadis tentang ciri-ciri munafiq,
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Maksudnya: “Tanda munafik tiga; apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkiri, dan ketika diberi amanah maka dia ingkar.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Adakah apabila teman kita berjanji dengan kita kemudian dia mungkiri maka kita boleh mengatakan dia munafiq? Tidak, tetapi dia memiliki ciri-ciri orang munafiq. Sebab hukum munafiq adalah kafir. Firman Allah di dalam Al Quran,
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu di dalam neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An Nisa: 145)
Tempat mereka adalah di neraka yang paling dalam kerana mereka ini kafir. Abdullah bin Ubay kafir, bukan Islam. Tetapi ciri-ciri munafiq itu ada pada orang Islam. Begitu juga ciri-ciri kafir harbi yang menyusahkan umat Islam, menyerang sensitiviti umat Islam ada pada orang-orang dalam DAP.
Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana