Umno Besut yakin pertahan lima kerusi pada PRU13...PAS Boleh Tidur ler


BESUT: Umno Bahagian Besut yakin mengekalkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata berdasarkan sokongan padu 31,062 anggotanya dan MCA Bahagian Besut, parti itu yakin mampu menambah majoriti pada kelima-lima kerusi berkenaan berbanding pada PRU 2008.

Beliau berkata melalui pelbagai program dan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan, pihaknya berjaya menawan hati majoriti pengundi atas pagar yang dianggarkan lebih 20,000 orang.

"Majoriti penduduk Besut kini mempunyai kesedaran tinggi dan menolak sebarang rayuan dan janji pakatan pembangkang khususnya PAS yang mereka lihat tidak lagi relevan disokong," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung perwakilan Umno Bahagian Besut ke-25 di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh dekat sini, semalam.

Beliau berkata daripada program dan kajian yang dijalankan, pihaknya mendapati penduduk daerah Besut bersedia menghadapi PRU ke-13 bagi terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di daerah itu.

BN menyapu bersih kerusi Parlimen Besut dan empat kerusi DUN dalam kawasan parlimen berkenaan iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jerteh dan Hulu Besut pada PRU 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana