Ulama Cari Makan : Pas Lupa Cermin Diri, Mana Hilangnya Slogan Negara Islam?

“Masyaallah…. Apakah Pas hari ini cukup Islamik dan seiring dengan apa yang Islam tekankan atau apa yang agama mahu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“Sebenarnya jika beliau berfikiran sedemikian, ianya adalah satu pandangan yang silap dan satu kesilapan yang cukup besar’, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia, Ustaz Dr Fadlan Othman.
Beliau mengulas kenyataan AJK Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyatakan UMNO bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin UMNO.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menegaskan apakah perjuangan UMNO hari ini benar-benar lari daripada Islam dan Pas pula seiring dengan Islam sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.“Ini satu kenyataan yang cukup berat..Apakah bukti yang yang ada di depan mata hari ini menerusi pelbagai pelaksanaan tidak mencerminkan segala-galanya. UMNO sebenarnya telah memartbatkan Islam di negara ini.
“Bagi saya, pemimpin UMNO sedia mendengar apa yang diutarakan dan bukannya seperti pimpinan Pas yang sekadar mengangguk dan paling mengejutkan dalam soal ‘tahaluf siyasi’ bersama DAP.
“Cuba kita renung dan ingat….. Apakah Pas hari ini berani lagi menyebut Negara Islam? Bahkan saya kira yang diwar-warkan adalah Negara Berkebajikan. Jadi apa yang lebihnya Pas sehingga beliau sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian,”Ustaz Dr Fadlan seterusnya menambah terpulang kepada seluruh rakyat untuk membuat penilaian dan pandangan sewajarnya.“Jika Pas benar-benar memperjuangkan Islam, kenapakah mereka tidak lagi berani menyebut Negara Islam…Itu belum masuk lagi bab lain seperti apa yang berlaku di Selangor…. Isu pemulangan arak pada satu ketika dahulu di Shah Alam dan sebagainya lagi.“Apakah ini yang dikatakan perjuangan Islam sehingga membuat kenyataan sedemikian rupa…Tak perlulah kita melayan mereka yang boleh dianggap bongkak dan angkuh itu sebaliknya istiqamah dengan apa yang dituntut di dalam Islam,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana