‘Tuan Guru’ PAS langgar syarat...Sudah Carca Marba Ni

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah dua pemimpin PAS yang pernah belajar dan lulus bidang pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar. Mengikut takrif ulama dalam Perlembagaan PAS mengenai Dewan Pemuda PAS Pusat, kedua-duanya ulama kerana memenuhi dua syarat. Mereka dipanggil ‘tuan guru’ dan siswazah pengajian Islam dari institut pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Al-Azhar. Dalam kepemimpinan PAS kini, Abdul Hadi dan Nik Aziz adalah ulama selaras dengan ketetapan Bab Kesepuluh Perlembagaan PAS.
Bagaimana pula pemimpin nombor dua PAS iaitu Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu? Adakah dia siswazah pengajian Islam dari IPT? Adakah Mat Sabu seorang profesional seperti Nasharuddin Mat Isa yang ditewaskannya pada pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat? Mat Sabu kini Timbalan Presiden PAS. Kalau diandaikan presiden sudah tidak berfungsi, maka naib presiden mengambil tempat.

PAS lama berada di bawah Datuk Mohd Asri Muda sebelum Yusof Rawa dipilih pada Muktamar PAS menggantikan Mohd Asri. Ketika Mohd Asri memimpin PAS berbelas tahun, dia tidak dikatakan bukan ulama tetapi apabila ahli mahu menjatuhkannya, maka label dia buka ulama dijaja. Akhirnya mereka berjaya menjatuhkan Mohd Asri dengan alasan PAS mahu dipimpin seorang ulama, sedangkan Mohd Asri bukan ulama.

Dalam struktur organisasi dan pentadbiran PAS Pusat, pemimpin pertama bergelar presiden dan kedua, timbalan presiden. Di bawah dua jawatan ini, ada tiga jawatan naib presiden yang kini dipegang Salahuddin Ayub (753 undi), Husam Musa (660 undi) dan Mahfuz Omar (616 undi). Adakah tiga Naib Presiden PAS ini siswazah pengajian Islam? Adakah mereka berkelulusan profesional seperti Nasharuddin dan begitu juga Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Selain presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, seorang setiausaha agung, Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai ahli lain yang dipilih ahli pada muktamar 2011.
Satu berita dalam The Malaysian Insider, pada 4 Jun 2011 menulis: “Mat Sabu wins PAS No 2, professionals sweep EXCO”. Betulkah ahli PAS memilih profesional untuk berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat (JPP)?

Nama yang dipilih pada Muktamar 2011 untuk berada dalam JPP ialah Mazlan Aliman (804 undi), Dr Hatta Ramli (765), Datuk Kamaruddin Jaafar (739), Hanipa Maidin (735), Azizan Abdul Razak (721), Dr Zulkefly Ahmad (702), Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Khalid Samad (643), Abdul Ghani Shamsuddin (579), Amiruddin Hamzah, Abdul Wahid Endut, Abu Bakar Cik, Mohd Amar Abdullah, Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Hasan Ali, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Nurida Salleh (416).

Dalam kalangan JPP ada yang bergelar Doktor (Dr). Adakah semua doktor ini merujuk kepada bidang perubatan moden yang berijazah MBBS atau lainnya? Dr Hasan Ali yang sudah dipecat daripada PAS tidak berkelulusan MBBS tetapi mungkin Doktor Falsafah (PhD).
Daripada 18 ahli PAS dalam JPP, hanya Azizan, Abdul Ghani, Abu Bakar dan Mohd Amar yang jelas siswazah Pengajian Islam. Kamarudin Jaafar pernah bersama UMNO berkelulusan sarjana sains politik dan pernah menjadi pensyarah di Jabatan Sejarah dan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum memasuki politik sepenuh masa dan selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO beliau keluar UMNO dan menyertai PAS.

Daripada 18 ahli dalam JPP, hanya empat saja berkelulusan bidang Pengajian Islam dari IPT, dan tiga naib presiden bukan bidang Pengajian Islam dari IPT dan timbalan presiden juga bukan bidang Pengajian Islam dari IPT. Persoalannya di manakah kepemimpinan ulama dalam PAS kini? Mengikut Bab Kesepuluh, Perlembagaan PAS, Fasal Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan ulama adalah “tuan guru atau/dan siswazah lulusan apa-apa bidang pengajian Islam dari mana-mana IPT atau mana-mana Pengajian Islam yang menjadi ahli PAS.”

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tidak dipanggil ‘tuan guru’ untuk melayakkannya menjadi ulama mengikut Perlembagaan PAS dalam Bab Kesepuluh. Demikian juga tiga Naib Presiden PAS tidak dipanggil ‘tuan guru’. Perlukah PAS memanggil semua ahli PAS dalam JPP ‘tuan guru’ jika mereka bukan siswazah dalam bidang Pengajian Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana