Takut Kerana Salah Berani Kerana Benar...Khalid Takut Ker Cari Kebenaran.....

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cadangan PAS supaya beliau menggunakan persidangan Dewan Selangor yang bermula esok untuk menjawab isu penstrukturan hutang Talam Corporation membabitkan RM1bilion.

Ahli Jawantakuasa Pas Pusat Dr Zulkefly Ahmad sebelum ini menggesa Khalid untuk mengemukakan kertas putih terhadap isu itu untuk menjawab tuduhan bahawa kerajaan negeri menyeleweng RM1 bilion.

Pemuda MCA sebelum ini mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan dokumen perjanjian bernilai RM1 billion mambabitkan Talam Corporation dan kerajaan negeri.

Khalid berkata beliau tidak akan memberi sebarang penjelasan pada DUN, sehingga MCA memberi butiran penuh mengenai dakwaan bahawa transaksi berjumlah RM1 bilion tidak wujud.

"Untuk Talam saya akan berikan senarai perbelanjaan tetapi saya tidak akan beri penerangan sehingga mereka (MCA) beri penjelasan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dr Zulkefly sebelum ini berkata kerajaan negeri telah berjanji untuk mengemukakan kertas putih mengenai hutang Talam pada tahun 2010 dan menggesa Menteri Besar berbuat demikian.

“Jadi kertas putih ini adalah sangat diperlukan untuk menjelaskan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan Exco kerajaan negeri dalam menangani perkara ini. Sekaligus melenyapkan dakwaan kononnya ada skandal di sana.

“Meskipun kertas putih ini sudah terlambat dibentangkan dan saya masih ingat ia sepatutnya dibentangkan pada tahun 2010,” katanya kepada AntaraPos kelmarin.

Tindakan Khalid menunggu untuk penjelasan MCA sebelum mengulas lanjut mengenai Talam adalah aneh, kerana beliau sudah pun memutuskan akan menyaman parti itu di atas tuduhan yang dibuat.

MCA mendakwa kerajaan negeri telah “berbohong” mengenai usaha mengutip semula hutang bernilai jutaan ringgit dari Talam yang berhutang dengan beberapa syarikat milik kerajaan negeri kerana hutang-hutang itu belum lagi dibayar.

Ahli Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong mendakwa berkemungkinan kerajaan negeri menyalahguna dana awam itu apabila ia membantu “menyelamatkan” Talam dengan belanjawan tambahan sebanyak RM392 juta yang diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 2009.

“Adalah memeranjatkan apabila usaha untuk mendapat kembali hutang sebanyak RM392 juta itu akhirnya melibatkan lebih RM1 bilion dalam urus niaga yang dicurigai,” katanya minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana