Skandal Mata Wang Syariah Kelantan Makin Panas....Inilah Akibatnya Angkuh Pemimpinan PAS

Artikel Blog - Kickdefella.
Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.

Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.

“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.

Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.

Mufti Kelantan juga melahirkan kebimbangan terhadap eksploitasi oleh pihak tertentu lalu berkata, “Yang saya bimbang ialah takut ada eksplotasi sehingga mencetuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan”.

Berhubung susut nilai yang ada pada dinar dirham itu dan susut nilai akibat kerosakan pada ‘packaging’ atau sampul plastiknya Mufti terus melahirkan kebimbangan dengan berkata,

“Masyarakat kena tanya kenapa jadi susut nilai pada pasaran, bukan (isu) buka atau tidak buka. Harga emas tidak tertakluk kepada buka atau tidak (sampul plastik), ia tertakluk kepada harga pasaran sekiranya ia tidak tertakluk kepada harga pasaran tetapi kerana buka (sampul plastik) itu maka ada unsur penipuan”.

Pada masa kini harga Dinar dan Dirham Kelantan tidak ditentukan oleh harga pasaran tetapi oleh World Islamic Mint yang dipelopori oleh Umar Ibrahim Vadillo. Umar juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) serta penasihat syarikat tersebut.

Umar pernah menemui Tun Dr Mahathir untuk menjual idea tersebut, tetapi atas sebab-sebab yang hanya Tun Dr. Mahathir boleh nyatakan, Bekas Perdana Menteri Malaysia itu tidak bersetuju dengan idea matawang syariah yang bawa oleh Umar.

Umar dibawa ke dalam Kelantan Golden Trade oleh YB Dato’ Haji Husam Bin Musa tetapi sehingga hari ini, Husam memilih untuk mendiamkan diri tentang hubungannya dengan Umar.

Kelantan Golden Trade yang pernah diterajui oleh Umar pula menempa (mint) Dinar dan Dirham Kelantan hanya setelah diberikan lesen oleh World Islamic Mint (WIM). Kewujudan dan kesahihan WIM dari sudut perundangan pula masih kabur. Atas dasar apa WIM mempunyai hak mengeluarkan lesen kepada mana-mana syarikat di Malaysia untuk mengeluarkan Dinar dan Dirham?

WIM pula amat berpengaruh di dalam KGT sehinga Wazirnya, Irwan Izhar mengakui menerusi nota di laman fecebooknya bahawa dia mempunyai hak tertentu untuk memastikan Pengarah Eksekutif KGT boleh disingkirkan dari syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan segera. Sedangkan ketika itu Pengarah Eksekutif KGT berusaha keras memastikan KGT tidak diekploit oleh WIM sehingga boleh menimbulkan pecah amanah dan sebagainya.

WIM juga mendapat habuan terus dari setiap Dinar Dirham yang ditempa oleh KGT menerusi royalti yang tentukan oleh KGT. Selain itu, Semua aktiviti penempaan Dinar Dirham KGT hendaklah dikendalikan oleh WIM yang sebelum ini menempanya di Dubai.

Dengan kata mudah, Husam membenarkan Umar Ibrahim Vadillo (sewaktu menjadi CEO KGT) dan selepas itu sebagai penasihat, membayar royalti kepada WIM yang juga berkait dengan Umar selaku pelopor dan menurut sesetngah pihak Umar juga Presidennya.

Dari mana pula datangnya wang untuk menempa Dinar dan Dirham itu? Ada desas desus mengatakan ianya datang dari PMBK Sawit di mana Husam adalah pengerusinya.

Atas sebab inilah kita sudah kerapkali meminta penjelasan Husam supaya tidak timbul fitnah dan supaya kami dapat mengesahkan maklumat yang berlegar sekarang ini.

Bagaimanapun ahli Dewan Undangan Negeri selama dua penggal ini lebih suka hendak berdebat dari menjawab persoalan rakyat dan pengundi.

Seterusnya kita juga perlu tahu mengapakah Dinar Dirham Kelantan tidak berlandaskan harga pasaran tetapi berlandaskan harga yang ditentukan oleh WIM. Memang benar bahawa setiap penempaan Dinar Dirham menyebabkan ada kos penempaan, design dan lain-lain tetapi mengikut kajian, Dinar dan Dirham Kelantan mempunyai harga yang terlalu tinggi berbanding Dinar Dirham lain di pasaran.

Berikut adalah maklumat terkini, sah seperti pada waktu posting ini dibuat,

(i) 1 Dinar Kelantan – Harga hari ini RM780.00 (Terbitan WIM dan KGT) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.

(ii) 1 Dinar Emas Mekah – Harga hari ini RM684.00 (Edaran Sri Ayu Fine Gold & Jewelleries) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.

(iii) 1 Dinar Muslim – Harga hari ini RM698.04 (Keluaran Emirates Gold DMCC, Dubai) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 916/22k.

(iv) 1 Dinar Gold – Harga hari ini RM697.41 (Tiada maklumat pengeluar) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 917/22k.

(v) 1 Dinar Gold Coin Public Gold – Harga hari ini RM720.00 (Keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd) – Berat 4.25gm – ketulenan emas 916/22k.

Harga emas 22k pada hari ini menurut laman web Public Gold ialah RM168.95 per gram. Oleh yang demikian harga 4.25 gm emas 22k pada masa artikel ini ditulis ialah RM718.03.

Menurut wakil syarikat penjual Dinar Emas Kelantan yang mahu dirinya dirahsiakan, sekiranya anda menjual/memulangkan 1 Dinar Kelantan pada hari ini kepada mereka, mereka akan menerimanya pada harga paling tinggi ialah RM702.00 sahaja. Harga tersebut bagaimanapun bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti bungkusan plastiknya. Jika terdapat kerosakan pada bungkusan tersebut atau jika Dinar itu dianggap emas terpakai, mereka tidak berani mengambilnya pada harga tersebut.

Sekarang timbul pula persoalan kesahihan pembayaran zakat menggunakan Dinar Dirham Kelantan. Sekiranya Dinar Dirham ini mempunyai susut nilai yang tidak bergantung pada pasaran emas semasa, bagaimana kita mahu menentukan jumlah pembayaran zakat supaya penerimanya menerima jumlah yang sebenar? Begitu juga dengan Dinar dan Dirham Kelantan yang digunakan menggantikan ringgit sebagai hantaran. Mufti Kelantan sudah mengesahkan bahawa Dinar dan Dirham Kelantan bukan matawang syariah.

Mungkin Husam juga dapat menjawabnya daripada mencabar Dato’ Awang Adek untuk berdebat. Rakyat membayar gaji kepada beliau bukan untuk berdebat. Kalau dia enggan menjawabnya, ada baik Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul memotong gaji Husam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana