"Saya akan bertanding di kawasan buang undi"


 PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tetapi dengan syarat menjadi pengundi di kawasan tersebut.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Wan Azizah yang melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu berkata kerusi mana yang bakal ditandingi akan dibincang nanti.

"Saya memang boleh bertanding di DUN tapi saya akan bincang tempat mana yang sesuai untuk saya.

"Mana-mana DUN, kalau nak tanding di DUN saya mesti jadi pengundi," katanya.

Wan Azizah yang pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dilarang untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen selama lima tahun kerana telah melepaskan jawatan tersebut pada tahun 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Ketua Pembangkang.

Ditanya di mana akan bertanding, Wan Azizah secara berseloroh berkata "di mana-mana sahaja."

Semalam Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan sama ada Wan Azizah akan bertanding di kerusi DUN atau Parlimen akan diputuskan kepimpinan parti.

Dalam sidang media sama, Wan Azizah turut mendakwa program Transformasi Kerajaan tidak memberikan tumpuan kepada keadah untuk menangani masalah jenayah.

Sebaliknya beliau mendakwa konsep tersebut yang disifatkan "keputusan besar pantas" dibuat untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah telah menurun daripada menggunakan peruntukan sedia utnuk membaikpulih struktur keselamatan negara.

"Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan persepsi rakyat awam. PKR yakin seluruh rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ia hanya boleh diperoleh daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi mengurangkan jurang pendapatan rakyat.

"Sebagai sebuah kerajaan yang penuh tanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana