Rosmah Mansor - Biarlah Pembangkang Mengata Tentang Saya....Sedih Betul Sikap Pembangkang Hari Ini..


KUALA LUMPUR 9 Julai - Tindakan Pembangkang yang gemar memburukkan Pemimpin BN termasuklah dari kalangan isteri Pimpinan parti komponen tersebut sudah menjadi lumrah demi menawan Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor menjelaskan, tindakan tersebut sedikitpun tidak mencacatkan usaha beliau dalam memastikan program murni yang beliau terajui itu memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

"Sekarang ini nak minta Bajet lebih sikit dari Kerajaan (untuk buka Pusat Anak PERMATA Negara) pun, Kerajaan kata tak boleh. Minta sahaja dekat Parlimen, 'orang belah sana' kata Itu Rosmah punyalah tu", katanya dalam Ucapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara kawasan Kerinchi di sini hari ini.Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana Program PERMATA adalah sangat murni dalam mendidik anak-anak kecil dengan pelbagai pendedahan menerusi modul-modul yang diterapkan.Namun beliau mengambil langkah membiarkan sahaja tindakan Pembangkang tersebut kerana program PERMATA adalah satu langkah positif dalam melahirkan generasi yang lebih berwawasan demi masa depan Negara.Sambil tidak mengendahkan pandangan Pembangkang, isteri Perdana Menteri itu berharap agar program PERMATA dapat memberi sokongan penuh dari kesemua masyarakat di Negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul