Rakyat protes kegagalan Presiden Filipina baiki hidup pekerja....

MANILA 23 Julai - Seramai 6,000 anggota polis antirusuhan Filipina dikerah bagi menghalang kira-kira 5,000 penunjuk perasaan yang cuba berarak ke bangunan Kongres di sini hari ini, untuk membantah kegagalan Presiden Benigno Aquino III memperbaiki taraf hidup pekerja.
Bantahan tersebut diadakan ketika Aquino dijadual menyampaikan ucapan sempena State of the Nation Address (SONA) di bangunan Kongres lewat hari ini.

Pasukan polis menggunakan trak bomba dan penghadang besi untuk menghalang kumpulan penunjuk perasaan berhaluan kiri dan kesatuan sekerja yang berkumpul kira-kira dua kilometer, daripada mendekati Dewan Perwakilan.Pergelutan antara penunjuk perasaan dengan polis turut dilaporkan berlaku dan kumpulan terbabit kemudiannya bertindak membakar patung menyerupai Aquino dan poster Uncle Sam yang merujuk kepada Amerika Syarikat.Mereka turut melaungkan slogan 'Singilin! Itakwil!' (tuntut bayaran, tolak) sebagai meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran Presiden itu.

Setiausaha Agung gabungan parti politik berhaluan kiri Bagong Alyansang Makabayan, Renato Reyes Jr. berkata, mereka akan berarak tidak kira hujan atau panas bagi memastikan isu hak asasi, kejatuhan ekonomi, kedaulatan dan tanggungjawab mendapat perhatian kerajaan."State of Nation yang sebenar perlu didedahkan. Para pekerja, petani, golongan miskin, wanita dan belia akan memastikan hal sebenar didedahkan," katanya.Sejak memegang tampuk pemerintahan pada 2010, Aquino berdepan kesukaran memerangi masalah rasuah dan kemiskinan di negara ini. - AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana