Pulak Dah...AZIZAH Mahu Jadi Menteri Besar Selangor...Suami Jadi PM Anaknya Jadi Apa Pula?

ALAMAK SATU KELUARGA MAHU JADI AHLI POLITIK....DAHYSATNYA KELUARGA INI SEMUANYA MAHU TAWAN MALAYSIA...MEMANG GILER KUASA LAH NAMPAKNYA.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus menyifatkan keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan untuk bertanding di kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tidak terperanjat apabila dimaklumkan beliau mahu bertanding di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

"Barangkali beliau rasa ada keyakinan untuk menang negeri yang barangkali sekarang dikuasai dan mungkin beliau mahu jadi Menteri Besar," kata beliau kepada AntaraPos.

Menurutnya lagi, memandangkan sudah menjadi kebiasaan di dalam parti tersebut, maka tiada lagi keganjilan yang timbul susulan pengumuman Azizah itu.

Semalam Azizah sewaktu ditemui pemberita di Kongres PKR di Pulau Pinang menyatakan kemungkinan akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun begitu beliau menegaskan yang ia masih di peringkat perbincangan dan keputusan muktamad masih belum diputuskan.

Azizah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan bertanding untuk kerusi Parlimen selepas beliau meletakkan jawatan pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Ketua Pembangkang Malaysia.

Azizah dilarang bertanding mana-mana kerusi parlimen selama lima tahun sehingga Julai 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana