PM lawat FELDA Teloi Timur, Sik esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual melakukan lawatan kerja ke rancangan FELDA Teloi Timur di Sik esok dan menyampaikan sumbangan duit raya serta 'durian runtuh' kepada masyarakat FELDA di situ.Mengikut jadual yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, beliau akan berbuka puasa bersama peneroka pada majlis yang akan turut dihadiri Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bernama melaporkan Perdana Menteri dijangka tiba di padang Sekolah Batu 5, Sik dengan helikopter kira-kira jam 4.15 petang diikuti dengan acara gimik 'Kasih FELDA'.Najib kemudiannya akan melakukan majlis pecah tanah untuk projek Jalan Kampung Merbau Kudung-Felda Teloi Timur serta mendengar taklimat projek yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah (Jalan), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Mahzan Osman.Kira-kira jam 6.10 petang pula, beliau akan merasmikan program Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.

Pada majlis itu, beliau akan menyampaikan sumbangan duit raya, durian runtuh fasa kedua, bantuan Kasih FELDA, bantuan program Nur Ilmu, kerusi roda kepada pelajar cemerlang (pelajar istimewa), sumbangan Ramadan kepada 290 masjid dan anak-anak yatim.Perdana Menteri kemudiannya akan menyertai majlis tahlil, berbuka puasa, solat maghrib, isyak serta solat tarawih bersama masyarakat peneroka, sebelum berlepas pulang kira-kira jam 10.30 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana