Perhimpunan Oren dan ANAK: Apa yg mereka mahu?

  1. Apakah yang diperjuangkan sangat oleh Persatuan (ANAK) hingga mahu menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda kepada Yang di-Pertuan Agong?
  2. Adakah agenda dan penubuhan (ANAK) ini mahu menghalang kemajuan Felda dan pada masa yang sama juga cuba untuk memporak-perandakan keharmonian masyarakat peneroka Felda?
Malah apa yang peneroka Felda peroleh sekarang lebih baik daripada apa yang generasi awal miliki dulu.Pendapatan peneroka kini berlipat ganda hasil daripada bantuan kerajaan lebih daripada mereka yang ada di luar sana. Ini hasil yang mereka kecapi atas keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan terhadap masyarakat Felda.Pengurusan Felda sekarang semakin maju di bawah pengurusan yang bagus dan kemajuan ini turut dikongsi bersama dengan peneroka.

Kesusahan dan keperitan generasi pertama membuka tanah-tanah rancangan Felda dulu kini dinikmati hasilnya oleh generasi kedua dan ketiga.Kerajaan tidak abaikan masyarakat Felda dan sentiasa membantu meningkatkan pendapatan isi rumah peneroka dengan program-program yang disediakan oleh kerajaan.kemunculan ANAK ini mewakili keseluruhan peneroka di negara ini membantah kemudahan dan pendapatan yang lebih daripada kerajaan.

Adakah ANAK diwujudkan untuk menjadikan masyarakat peneroka masyarakat yang miskin tegar dan daif di negara ini. Kenapa ANAK tidak mahu melihat peneroka berubah ke arah yang baik kepada lebih baik?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana