Perghhhhh...Kaya kaya....RM1 juta Karnival Terima Kasih Rakyat Pakatan tak ikut peraturan


 Karnival untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor itu melibatkan 15 pembekal dengan lebih RM1 juta barangan dan perkhidmatan.Menurut portal berita mesra pembangkang, Malaysiakini, kebanyakan bayaran kepada pembekal ditangguhkan buat sementara selepas dinasihati perbendaharaan negeri.
Ketidakaturan dalam proses itu termasuk ketiadaan sebut harga kelulusan bagi perolehan barangan dan perkhidmatan melebihi RM50,000, pembekal gagal mendaftar dengan perbendaharaan negeri dan persekutuan, dan pembekal membekalkan barangan serta perkhidmatan yang tidak termasuk dalam bidang perniagaan seperti didaftarkan.Bagaimanapun, portal itu juga memetik penyelaras karnival itu, Ronnie Liu yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, kajian dan pembangunan negeri, menafikan sebarang ketidakaturan dan mendakwanya hanya "salah faham".

Liu menjelaskan, proses pemerolehan tersebut diletakkan bawah agensi kerajaan yang silap dan mempunyai proses lebih ketat.Jelasnya, pemerolehan sepatutnya dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI), sebuah syarikat yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Karnival di stadium Kuala Selangor pada 25 Mac lalu menarik kehadiran ribuan pengunjung.
Kemuncak acara itu adalah ceramah politik yang memaparkan Abdul Khalid, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.Malaysiakini juga melaporkan salinan laporan yang dimilikinya menunjukkan jumlah tuntutan bagi acara itu adalah RM1,118,216 membabitkan 15 pembekal - 14 syarikat swasta dan majlis daerah Kuala Selangor.Namun, laporan itu mendapati hanya dua syarikat yang berdaftar dengan Unit Perancangan Ekonomi Selangor (Upen), manakala lima lagi berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Pendaftaran dua lagi syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula sudah luput.
Menurut laporan itu, semua pemerolehan dengan syarikat swasta itu dibuat tanpa mematuhi peraturan perbendaharaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana