Perghhhh...30 Penyokong Tegar PAS Sertai Umno Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seramai 30 penyokong tegar PAS cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai Umno kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda PAS cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman."Kami merasa kecewa perjuangan PAS selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.
Ramli berkata keputusan menyertai Umno adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan PAS yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi. Beliau berkata, adalah lebih bermakna untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 kelak daripada membantu PAS yang akrab dan sentiasa diperkudakan oleh DAP sejak kebelakangan ini."Dulu PAS menghukum Umno kerana membuat pakatan dengan parti politik bukan Islam tetapi nampaknya mereka juga lebih intim dengan parti politik yang jelas tidak akan sepakat untuk membangunkan kepentingan Melayu dan agama Islam," katanya.

Rakannya, Ismail Deraman, 34, berkata pihaknya berikrar untuk menarik lebih ramai lagi anggota keluarga masing-masing menyertai Umno menjelang pilihan raya umum nanti dalam usaha memastikan agenda menukar tampuk kerajaan PAS di Kelantan kepada BN.
Beliau berkata, pelbagai pembelaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan yang meringankan bebanan ibu bapa serta lain-lain insentif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik membuktikan ketelusan, kesaksamaan dan keadilan berbanding kerajaan negeri yang hanya lebih banyak berjanji.
Sementara itu, Zawawi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh kepimpinan PAS sejak dahulu juga turut memporak-perandakan keadaan termasuk timbulnya isu cerai berai dalam kalangan suami isteri yang tidak sealiran fahaman politiknya.
Beliau berkata, isu saperti itu masih berlaku sehingga sekarang yang lebih kepada perpecahan sesama sendiri sedangkan Islam lebih menuntut kepada keutuhan perpaduan umat.
Zawawi berkata, atas kesedaran itu, beliau yakin hasrat BN untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Semerak pada pilihan raya umum kelak semakin cerah. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana