Pendedahan baru: MCA dakwa Selangor beli tanah Talam RM42 juta lebih tinggi dari harga pasaran

Lawan tetap lawan.Tengahari Khamis anak kepada Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong tampil lagi dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MCA,Jalan Ampang Kuala Lumpur.Ahli Parlimen Labis dan Timbalan Menteri Pertanian itu  membuat pendedahan baru tentang isu hutang Talam Corporation sekalipun Tan Sri Khalid Ibrahim kata kerajaan negeri Selangor akan saman MCA dan pihak-pihak yang dakwa ada penyelewengan dalam urusan itu.Apa agaknya Menteri Besar Selangor itu nak jawab kali ini.Dakwaan Chua bertambah serius.Beliau yang disertai oleh sebilangan pimpinan MCA lain ingin tahu bagaimana  Talam yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation berjaya menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada kerajaan Selangor pada harga
 RM181 juta yang dakwannya  RM 42 juta lebih tinggi dari harga pasaran.Sedangkan menurutnya laporan penilaian bertarikh 11 Oktober 2010 oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd telah meletakan harga tanah pegangan pajakan berkenaan pada harga pasaran sebanyak RM 139 juta atau RM60,000 seekar dengan syarat tanah itu bebas dari sebarang bebanan.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul