Pembangkang Tiada Isu Lagi ....Jangan Manipulasi Tipu Rakyat Lah Malu Lah Sikit

Inilah cara pembangkang untuk mempengaruhi rakyat yang tidak guna akalnya untuk berfikir...Isu ini pun nak dijadikan Isu Besar..."BODOH KAN NAMANYA"Melihat gambar diatas sudah pastilah beberapa perkara yang akan terserlah di mata penonton. Pertama sudah tentulah tetamu yang ditemuramah dalam Wanita Hari Ini (WHI) pada tengah hari ini iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.
Kedua pastilah penonton akan dapat melihat super yang tertera iaitu Ekspresi Remaja Perdana Menteri. Untuk pengetahuan semua ini dinamakan super bagi tajuk perbincangan dalam WHI iaitu iaitu program remaja dan Perdana Menteri bukanlah super tetamu yang hadir iaitu DS Rosmah.Super untuk tetamu biasanya digunakan seperti Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Jauh bezanya.

Seperti juga RTM dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang menggunakan super yang sama iaitu Ekspresi Remaja Perdana Menteri, temuramah dengan DS Rosmah adalah mengenai program Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk menganjurkan program golongan muda bertemu dengan Perdana Menteri pada 7 Julai ini.alangkah malangnya ada pihak iaitu pemain media sosial yang propembangkang menyebarkan di internet dan twitter bahawa RTM dan TV3 telah menabalkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri hanya kerana kedua-dua stesen itu menggunakan super Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri.

Ini satu tindakan tidak bijak untuk mengelirukan rakyat bahawa RTM dan TV3 sudah membuat kesilapan dalam membuat super itu yang seolah-olah kata mereka menabalkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu ini satu tindakan kurang bijak untuk memperbodohkan rakyat di negara ini.

Mereka yang melakukan perbuatan tidak baik ini perlulah memikirkan kesan terhadap tindakan mereka kerana jika dilihat apa yang ingin dilakukan oleh DS Rosmah ialah untuk menggerakkan remaja bertemu dengan pemimpin bagi memberi peluang mereka menyuarakan pandangan kepada Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana