Pembangkang Berbalah Soal Pengagihan Kerusi Parlimen

Antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sehingga kini masih belum wujud kesepakatan dalam pengagihan kerusi Parlimen.DAP bakal bertanding di 90 kerusi parlimen dan 66 kerusi masing- masing kepada Pas dan PKR. Di pihak Pas pula, mereka merasakan lebih layak untuk bertanding lebih banyak kerusi berbanding parti lain berdasarkan kedudukan mereka sebagai tunjang dalam gabungan pembangkang.Bagaimana pun sehingga kini PKR masih belum memberi sebarang reaksi dan apakah PKR juga turut berkeras mahukan lebih banyak kerusi dengan mengambil kira peranan mereka dalam menyatukan ketiga-tiga parti itu dalam gabungan pembangkang selain kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang?
Apakah Pas mahu pun DAP sedia memberi tempat kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau apakah pemimpin-pemimpin Pas dan DAP berani untuk menolak Anwar yang dipersoalkan moralnya? Apakah pula kesannya kepada gabungan pembangkang terutamanya PKR jika pemimpin Pas dan DAP sepakat untuk mengetepikan Anwar?Jika Pas mendakwa lebih dominan dan berpengaruh serta mempunyai jentera lebih kuat dan tersusun berbanding DAP dan PKR, apakah PAS terutamanya Musyidul Am, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Hadi Awang bersedia untuk mempertahankan suara dan kedudukan Pas untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen berbanding 66 kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada 2008.Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen tetapi hanya memenangi 23 kerusi. Manakala DAP dan PKR masing-masing bertanding 47 serta 97 kerusi dan masing-masing memenangi 28 dan 31 kerusi. Bagaimanapun, parti itu memenangi paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 81 kerusi sebelum dipintaskan DAP yang ketika ini menguasai 83 kerusi selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
Jika perkiraan tersebut diambil kira dan juga perkembangan semasa yang nampak lebih memihak kepada PAS, parti itu mempunyai kelebihan tetapi apakah PAS sanggup mengorbankan kelebihan yang ada pada mereka untuk membuka laluan kepada DAP dan PKR? Akhirnya, PAS hanya mampu menganggap parti mereka lebih dominan dan menjadi tunjang kekuatan gabungan pembangkang tetapi hakikatnya dalam banyak perkara suara mereka diketepikan kerana yang sebenarnya berkuasa dan menjadi penentu kepada hala tuju gabungan itu adalah DAP dan PKR. Pas sebenarnya tidak lebih daripada alat atau dipergunakan oleh kedua-dua parti itu untuk mencapai kepentingan dan matlamat mereka yang sudah tentunya tidak selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana