Pelik Lah PAS Ni,Kenapa Perlu Angkat Artis diperbesarkan Nama Mereka

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa beberapa artis tanah air termasuk pelakon Hairie Othman dan penyanyi rock, Ali XPDC akan menyertai program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor pada 15 Julai ini.Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor, Hasbullah Mohd. Ridzwan mendakwa, pelakon dan pelawak Bob Lokman turut dijadual hadir pada program tersebut bagi memeriahkan acara.

“Orang ramai akan dapat berinteraksi dan berekspresi dengan artis dan selebriti tempatan ini pada program yang berlangsung bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.Dakwa beliau, kemuncak acara Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Pertahan adalah Munajat Perdana yang akan diketuai oleh kepimpinan Dewan Ulama PAS Selangor dan diakhiri dengan majlis ceramah umum.Jelas beliau, Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mohamad Sabu serta Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir turut dijadual hadir pada program tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana