Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel bertaraf 2 bintang
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
RENTETAN gambar menunjukkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor mencederakan seorang pekerja dengan menggunakan belakang pistol di sebuah hotel di Seremban 2, awal pagi semalam.
SEREMBAN 18 Julai - Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’. Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka. Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu. Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya . Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat. “Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang...
Comments