PAS sedia hantar Khalid jika Hasan mahu debat...Khalid Korek Hidung Ker


SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman hari ini, mengesahkan beliau tidak akan menerima pelawaan Pengerusi NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Hassan Ali untuk berdebat dengannya pada 11 Julai ini.

Sebaliknya, menurut beliau jika Hasan bertegas mahu berdebat, PAS Selangor akan menghantar timbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad, untuk berbuat demikian.

Sambil menafikan dirinya takut berdebat, beliau berkata, tindakan berkenaan hanya cubaan mencari populariti oleh pemimpin PAS yang dipecat itu.

"Kata konon saya nak berdebat dengan dia, saya tidak pernah setuju untuk berdebat dengan dia(Hasan Ali)."Kita tidak pernah setuju buat debat dengan dia," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor di sini.Dr Rani juga membidas tindakan Hassan yang didakwanya sebagai tidak profesional dan terdesak kerana cuba mengheretnya.

"Tindakan Hassan Ali ini diibaratkan seperti 'talian hayat' yang bertujuan untuk kembali (mendapatkan) penyokongnya yang semakin berkurangan," katanya.

Sebelum ini diuar-uarkan, pada 11 Julai ini, satu debat perdana anjuran sebuah NGO - Gerakan Masyarat Prihatin Meru (GMP) - akan diadakan di Meru yang membabitkan Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Rani selaku ADUN Meru.

Debat itu bertajuk "PRU ke-13: Di mana PAS Selangor?" dan dikatakan menyediakan platfom untuk kedua-dua pihak bermuzakarah berkenaan isu-isu semasa.

Bagi, Dr Rani, untuk berlaku adil, pihak penganjur juga perlu memberi masa yang mencukupi bagi kedua-dua pihak untuk membuat persiapan.

"Kalau pun bagilah masa sebulan awal, bagi tajuk debat, kita akan hantar wakil," katanya lagi.
Sementara itu, Khalid yang berada pada sidang akhbar yang sama berkata beliau sedia berdebat jika Hasan menerima tawaran itu.Khalid berkata beliau sanggup menangguhkan programnya yang lain semata-mata untuk berdebat dengan Hasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana