Pakatan Rakyat Akan Terima Perbalahan Sesama Sendiri.....


SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin mendakwa kerajaan negeri tidak berunding dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa Koya sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Kami kecewa kerajaan negeri mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang mahu Latheefa menimbang semula peletakan jawatan itu, berkata peguam berkenaan memainkan peranan penting dalam "memacu budaya politik baru di dalam parti dan juga di dalam PBT (pihak berkuasa tempatan)."

"Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini," katanya.

Latheefa menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli MBPJ semalam apabila difahamkan bahawa beliau akan disingkirkan daripada jawatan tersebut.

Ketua biro hal ehwal guaman PKR itu tidak menyentuh secara langsung sebab peletakan jawatan tersebut tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.

PKR Selangor awal bulan ini menegur Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan terhadap Setiausaha Politiknya Faekah Husin kerana didakwa mengeluarkan surat sokongan untuk firma guaman anak saudaranya.

Ketua Penerangan PKR Negeri Shuhaimi Shafie membuat teguran itu kerana sebelum ini dua ahli majlis dipecat daripada jawatan masing-masing kerana mengeluarkan surat sokongan.

Menteri Besar juga pernah menggantung tugas seorang pembantunya, yang kemudiannya meletakkan jawatan, kerana mengeluarkan surat sokongan.

Khalid memberitahu media sebelum ini kes Faekah dan kedua-dua ahli majlis tidak sama kerana surat setiausaha politiknya hanya meminta pertimbangan dan bukan sokongan.

Surat berkenaan didedahkan oleh sebuah laman blog pergerakan anti-Faekah yang dikatakan berpihak kepada pucuk pimpinan PKR Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana