Nak jadi PM mesti bermoral...Siapa Gelarannya Tu?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’.Katanya, pemilihan tema itu bersesuaian dengan pendekatan 3K yang diamalkan sejak 55 tahun lalu yang menjadi bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang menunaikan segala janji kepada rakyat sehingga meletakkan Malaysia muncul negara membangun paling maju di dunia.

Beliau berkata, 3K dimaksudkan ialah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan yang kini dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira agama, budaya mahupun warna kulit.Sambil menyelar sikap pembangkang yang tidak malu mendabik dada mendakwa kononnya mereka membawa kemakmuran kepada negeri-negeri yang diperintah, Najib berkata, pendekatan 3K itu juga akan ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam usaha menawan kembali negeri itu.Katanya, pendekatan 3K akan menjadi penawar rakyat Selangor yang ditipu pakatan.
Perdana Menteri mengulangi janji beliau untuk memperkenalkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam masa terdekat, selepas pelbagai program yang mendahulukan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diwujudkan sebelum ini.

“Janji ditepati bukan perkara sehari dua, ia dilaksanakan BN sepanjang 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata dan tiada keperluan untuk kita mempolitikkan (tawar janji-janji kosong) seperti pembangkang tetapi kami mahu membantu rakyat.Najib mahu rakyat Selangor menuntut segala janji politik yang dibuat pakatan pembangkang di negeri itu seperti mengurangkan cukai pintu, tabung permulaan RM100 untuk bayi dan elaun khas kepada ibu tunggal yang sehingga kini hanya omong kosong.Tegas beliau, bukan sahaja pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan janji tetapi lebih teruk menipu rakyat. Ini apabila nasib golongan ibu tunggal dan miskin yang kononnya mahu dibela, ditindas pula dengan menaik kadar sewa seperti yang berlaku di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.“Pembangkang bukan sahaja tidak tunaikan janji untuk kurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus tetapi saya dimaklumkan semasa beramah mesra dengan penduduk di Seksyen Satu tadi, sewa bulanan premis untuk ibu tunggal dinaikkan dari RM125 sebulan (era BN) kepada RM250.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana