Muktamad... Pusat keluarkan tender terbuka bina Loji Rawatan Air Langat 2

Tiada lagi ding dong dan tidak kepastian dalam isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 selepas kerajaan Persekutuan buat keputusan muktamad melaksanakan projek tersebut, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan lewat petang Khamis.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek tersebut secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.
Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender berkenaan apabila diiklankan kelak."Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas," kata kenyataan berkenaan.
Kementerian itu turut menegaskan bahawa kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada Kerajaan Persekutuan.Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai operator pengagihan air di Selangor pula adalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya, kata Kementerian itu.Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana