"MUKA TAK TAHU MALU" ITULAH GAMBARAN DIBUAT OLEH PM KITA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka yang menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Saham tetapi turut mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu sebagai 'muka tak malu'.Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda di peringkat global.
"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil,"
Najib memuji golongan peneroka yang hadir pada majlis itu dan menyifatkan mereka sebagai pembela dan pejuang yang meletakkan Felda di mercu kejayaan."Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulaan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook,"
Najib juga pada majlis itu turut mengumumkan bahawa pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang akan dibayar mulai esok sempena sambutan Hari Peneroka.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, PM berkata beliau mahu melihat kepada perubahan bersifat lonjakan berganda dan besar-besaran."Itu matlamat sebenar dan saya ingin transformasi negara yang kita perjuangkan hari ini dari Utara hingga ke Selatan dirasai setiap pelosok rakyat," katanya
Najib berkata, petani juga perlu lebih kreatif seperti menggunakan teknologi tinggi dan moden dalam melonjakkan hasil pertanian sekaligus mendapat pendapatan yang lumayan."Mereka juga perlu melihat kejayaan para usahawan tani yang menyertai program Mini MAHA itu sebagai sumber inspirasi dan pencetus semangat untuk terus berjaya dalam bidang pertanian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana