MB Perak terputus hubungan dengan dunia luar....

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan rombongan terputus hubungan beberapa jam dengan dunia luar apabila melakukan program turun padang ke Kampung Kenang, Jalong di Sungai Siput petang semalam.Ini gara-gara tidak ada perkhidmatan bagi talian telefon bimbit kerana Kampung Kenang merupakan sebuah kawasan yang agak terpencil diduduki masyarakat orang asli dari suku kaum temiar.
Ini Video Nya......
Dr.Zambry ketika bercakap kepada pihak media selepas program menjelang tengah malam berkata beliau sendiri tidak dapat membuat panggilan ataupun menerima panggilan.“Bayangkan macam mana masalah penting membabitkan urusan harian dapat dilakukan dengan tidak ada kemudahan membuat panggilan telefon selular”katanya dengan nada mengeluh.Beliau difahamkan ramai penduduk di kawasan berkenaan termasuk para guru yang mengajar di sekolah di situ mempunyai telefon tetapi setiap kali berada di kawasan itu gagal menggunakan perkhidmatan telefon bimbit.Kedatangan serta lawatan Menteri Besar ke Kampung Kenang membolehkan kira-kira 1,000 orang asli dari kampung berkenaan menarik nafas lega.
Mereka dijanjikan oleh Dr.Zambry bahawa kerajaan negeri bakal berunding dengan syarikat telekomunikasi bagi membina sebuah menara telekomunikasi di kawasan berkenaan.
Dengan adanya menara ini ia dapat memulihkan perhubungan antara penduduk kampung dengan dunia luar dan sekaligus memudahkan pelbagai urusan Kampung Kenang dengan kawasan lain.
Dr Zambry mengakui masalah pengunaan telefon bimbing yang dihadapi penduduk berkenaan ekoran ketiadaan menara telekomunikasi di kampung itu.
Katanya ini menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar berhubung pelbagai urusan penting dalam kehidupan seharian mereka.
"Saya juga menghadapi masalah mendapatkan talian untuk berkomunikasi ketika berada di Kampung Kenang ini kerana ketiadaan menara telekomunikasi,’’ katanya.
Sebaik tiba di kawasan kampung berkenaan untuk lawatan ringkas, kenderaan yang membawa Menteri Besar melalui sebuah jambatan kayu lama yang agak uzur. Ia dilihat tidak sesuai lagi digunakan kerana ia boleh mendatangkan musibah kepada para pengguna.
zambryceduklaukMenteri Besar yang prihatin dengan situasi itu turut mengarahkan pembinaan jambatan itu dilakukan dan meminta tok-tok bathin mengemukakan kos pembinaannya.
"Jambatan sedia ada merupakan satu-satunya jambatan kayu di kampung Kenang ini dan ia sudah uzur dan perlu digantikan dengan jambatan baru untuk kemudahan penduduk masyarakat orang Asli di sini,’’ kata Dr.Zambry kepada para wartawan.
Menteri Besar juga menunaikan solat magrib secara berjemaah dengan masyarakat lslam di surau Kampung Kenang.Surau berkumandang dengan bacaan yasin dan tahlil dari masyarakat setempat.Majlis kemudian diikuti upacara pengislaman dilakukan Dr Zambry terhadap tiga anak orang asli sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato’ Mohd Yusop Husin, Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Dato’ Zulkifli Harun, Adun Lintang, Dato’ Ahmad Pakeh Adam dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Islam Perak Darul Ridzuan (KADIR), Dato’ Azhar Ahmad.Ketiga-tiganya terdiri dari Rosli Alang, 23 dari Kampung Keramai Pulai manakala Armalia binti Sabri, 15 dan Norazila Wahab, 18, pula dari Kampung Orang Asli Kenang.Dalam ucapan ringkas,Menteri Besar meminta masyarakat Orang Asli memberi keutamaan terhadap pendidikan anak-anak mereka kerana ia dapat mencorak masa depan mereka dengan lebih cemerlang."Dengan berilmu, anak-anak masyararakat Orang Asli dapat menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara”.
"Hari inipun kita lihat ramai anak Orang Asli menempah kejayaan dan cemerlang dalam pelajaran sehingga ada menjadi doktor dan menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta,’’ katanya.
Menteri Besar juga menyampaikan tiga komputer kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Kenang selain bantuan pakaian dan beras kepada tok-tok batin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana