Masjid tidak boleh digunakan sebagai platform tabur fitnah: Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, masjid tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menabur fitnah dan kebencian yang merosakkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perkara ini amat serius sehingga pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda pernah mengeluarkan perintah supaya sebuah masjid dibakar kerana digunakan oleh golongan munafik yang khianat dan dengki. Katanya, Malaysia semakin maju kerana kerajaan melakukan apa yang dituntut agama Islam. "Transformasi yang dilakukan kerajaan adalah bertepatan dengan firman Allah mengenai proses Islah dalam konteks Islam iaitu pembaharuan yang besar," katanya ketika berucap pada perhimpunan dengan imam dan jawatankuasa masjid seluruh negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana