Masjid & Surau Di Selangor Bakal Jadi “Gelanggang Politik” Sepanjang Ramadhan?

 
khususnya PAS gemar menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik mereka.Jika diteliti, adalah bukan sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya demonstrasi aman di hadapan Masjid Al-...Husna, Sunway, membantah tindakan JAIS & MAIS menukar jawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli kariah. Tentunya ada motif perkara itu berlaku. Amat malang apabila proses demokrasi yang dipraktikan dinafikan hanya kerana berbeza fahaman politik.
 
Punca utama pastinya kerana ingin menguasai pentadbiran masjid berkenaan, agar mudah agenda politik diselitkan dalam program-program anjuran masjid berkenaan.

PAS memang sudah lama dikenali menjadikan masjid dan surau sebagai medan berpolitik sejak lama dahulu.Apa yang membimbangkan adalah maklumat yang diterima, iaitu mereka akan menggunakan sepenuhnya bulan puasa ini untuk menyebarkan agenda dan dakyah politik mereka. Kita sedia maklum bahawa masjid dan surau akan dipenuhi oleh umat Islam bagi mengerjakan solat tarawih. Inilah waktu paling menguntungkan kerana jumlah jemaah yang ramai, tanpa perlu sebarang usaha mahupun promosi.Ramadhan Al Mubarak, jangan kotorkan bulan yang mulia ini dengan agenda politik di “rumah-rumah” Allah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana